Ganjaran ekstrinsik lazimnya diberikan oleh seorang pengurus seperti kenaikan pangkat dan gaji. Gajaran kategori ini bertujuan mengembirakan orang lain. Contohnya, Dollah membenci pekerjaannya sebagai seorang jurujual. Dollah masih dapat dimotivasikan oleh ganjaran gajinya yang tinggi.
Pengurus boleh menggunakan teori motivasi untuk membantu memenuhi keperluan pekerja dan pada masa yang sama menggalakkan tahap prestasi kerja yang lebih tinggi. Motivasi ekstrinsik juga merujuk kepada prestasi aktiviti dalam usaha untuk mencapai hasil, ditentukan oleh kuasa luar.
Motivasi ini biasanya datang kerana ganjaran seperti wang dan gred atau ancaman hukuman. Pertandingan juhga menggalakkan motivasi ekstrinsik kerana ia memberi pelaku keinginan yang kuat untuk menang dan mengalahkan pihak lawan.
Sorakan, pujian dan kata-kata semangat orang lain merupakan faktor pendorong yang kuat untuk meningkatkan motivasi diri. Contoh lain pula, Ahmad kalah dalam pusingan pertama perlawanan catur. Sarah memberikan kata-kata semangat seperti ahmad merupakan antara pelajar cemerlang di sekolah mereka. Kata-kata Sarah membuatkan Ahmad lebih bersemangat untuk menang perlawanan seterusnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
...Tinta Kata...
Assalamualaikum 😊 .. Blog ini merupakan salah satu tugasan kami subjek DUA2022 PENGURUSAN DALAM ISLAM. Tajuk blog ini ialah peranan ...

-
Setiap warga organisasi mesti faham makna bekerja. Secara ringkasnya definisi kerja ialah tugas dan tindakan untuk menuju matlamat ...
-
Nabi Muhammad tidak mewarisi sedikit pun harta daripada bapanya Abdullah. Malah, semasa hidup bersama Halimah di perkampungan Ba...
-
Assalamualaikum 😊 .. Blog ini merupakan salah satu tugasan kami subjek DUA2022 PENGURUSAN DALAM ISLAM. Tajuk blog ini ialah peranan ...
No comments:
Post a Comment