Logo

Logo
PSP

Sunday, 17 September 2017

Tanggungjawab Majikan

          Setiap pihak yang berorganisasi atau mempunyai hubungan dalam sesebuah organisasi pasti mempunyai tanggungjawab masing-masing. Tanggungjawab tersebut perlu dilaksanakan sebaik mungkin untuk melancarkan lagi kerja atau apa saja yang diamanahkan kepadanya.

         Majikan dan pekerja adalah mereka yang berada di dalam satu organisasi tidak kira organisasi itu kecil atau besar. Dalam islam hubungan antara majikan dengan pekerja terikat dengan tanggungjawab masing-masing.







1. Kewajipan menyediakan kerja yang tidak menyalahi agama atau syariat.
➟ Setiap majikan hendaklah menyendari bahawa setiap kegiatan menjalankan kerja yang halal adalah wajib baginya. Nabi S.A.W ada bersabda yang bermaksud :
" barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah.. "

2. Pemilihan pekerja yang layak dengan kerja yang bakal dilakukan.
➟ Majikan mempunyai hak untuk memilih mana-mana pekerja bagi organisasinya. Namun, pekerja yang dipilih mestilah pekerja yang sesuai dan layak. Pekerja yang layak tidak semestinya mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang baik atau pengalaman yang luas. Ini bermakna pekerja yang dipilih hendaklah bersesuaian  dengan pekerjaan yang akan dilakukanya. 
 Sabda baginda SAW, yang bermaksud
" Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya"..
(Riwayat al-Bukhari)

3. Pemberian ganjaran yang berpatutan.
➟ Seorang pekerja berhak mendapat upah / ganjaran yang setimpal dengan pekerjaan yang dilakukannya.
➟ Pembayaran upah perlulah berpandukan undang-undang, keadaan organisasi, kesesuaian kerja, dan jaminan masa depan.


4. Melindungi hak dan kebajikan pekerjaan. 
➟ Islam amat mementingkan kebajikan pekerja. Seseorang majikan Islam tidak boleh meletakkan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira kepentingan terhadap masyarakat dalaman dan luaran organisasi.
➟ Tujuan islam menjaga kebajikan adalah untuk meringankan beban yang ditanggung dan mengurangkan tekanan psikologi mental pekerja selain mengeratkan lagi hubungan sesama manusia.




5. Pengawasan dan kawalan kerja
 Pengurus berhak untuk mengurus dan mengawasi kelakuan serta prestasi pekerjanya. Ini kerana pekerja yang malas jika tidak diawasi pasti akan mengambil kesempatan melakukan kerja yang tidak berfaedah seperti melakukan kerja-kerja peribadi dan melengah-lengahkan kerja.

No comments:

Post a Comment

...Tinta Kata...

Assalamualaikum 😊 ..     Blog ini merupakan salah satu tugasan kami subjek DUA2022 PENGURUSAN DALAM ISLAM. Tajuk blog ini ialah peranan ...