Logo

Logo
PSP

Friday, 15 September 2017

Tanggungjawab Pekerja

         Setiap warga organisasi mesti faham makna bekerja. Secara ringkasnya definisi kerja ialah tugas dan tindakan untuk menuju matlamat dengan disokong oleh persekitaran yang menggalakkan dengan jaminan masa depan serta pelbagai peluang untuk kejayaan diri.

         Pembangunan sesebuah negara amat bergantung rapat dengan tenaga pekerjanya yang mahir dan bermutu. Tenaga pekerja yang mahir hanya akan dapat diwujudkan menerusi perancangan strategik yang jitu berasaskan kepada sistem pendidikan rapi.






1. Amanah
➟ Sifat ini merupakan keperluan asas dalam diri seseorang. Seorang pekerja perlu mempunyai sikap amanah dalam apa jua masa. Tanpa memiliki sifat ini, pelbagai penyelewengan akan mudah berlaku.
➟ Surah al-Qasas, ayat-26 ada mengenai pekerja yang baik ialah seorang yang kuat (al-qawiyy) dan beramanah (al-amin) :

قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ 


Maksudnya : Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata " Wahai ayah, ambillah Dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah "..

2. Jujur dan ikhlas
➟ Dalam agama islam, kebaikan seseorang pekerja diukur dengan sejauh mana kemampuan dan kejujuranya dalam melaksanakan kerjanya serta kesempurnaan hasil kerja yang dilakukannya. Oleh itu, pekerja mestilah jujur dan menghormati majikan sebagai tanda menghargai mereka. 

3. Tekun
➟ Ketekunan adalah satu sifat yang diperlukan oleh seseorang pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan mereka dalam menjalankan tugas sekiranya mereka tekun. 
➟ Dalam sebuah hadis, baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud " Sesungguhnya Allah SWT suka apabila seseorang itu membuat satu perkara (pekerjaan) dia melakukannya dengan tekun. Dalam riwayat lain baginda menyebut...apabila bekerja dia sentiasa memperbaiki mutu kerjanya "..
(Riwayat al-Baihaqi)
4. Cekap
➟ Pekerja yang baik mampu mempamerkan kerjanya dengan sempurna dan sentiasa membaiki mutu kerjayanya dari masa ke semasa sesuai dengan perkembangan tuntutan semasa. Itulah yang dimaksudkan baginda : dia melakukannya dengan tekun dan sentiasa memperbaiki mutu kerjanya.

5. Memiliki kekuatan (al-Quwwah)
➟ Seseorang pekerja dalam apa jua pekerjaan memerlukan kekuatan tubuh badan dan akal. Kedua-duanya adalah perlu dalam melahirkan hasil kerja yang baik. 
➟ Kekuatan yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah luas dan menyeluruh. la bergantung rapat dengan jenis tugas atau tanggungjawab yang dibebankan.


         Kesimpulannya, kemahiran kerja tidak memberi sebarang makna jika pekerja tidak memiliki sebarang akhlak yang tinggi. Ini kerana tanpanya bila-bila masa boleh menjadi pemusnah kepada pembangunan yang dibangunkan. Ini bererti kemahiran perlu digandingkan dengan ketinggian akhlak dalam diri seseorang pekerja. 

No comments:

Post a Comment

...Tinta Kata...

Assalamualaikum 😊 ..     Blog ini merupakan salah satu tugasan kami subjek DUA2022 PENGURUSAN DALAM ISLAM. Tajuk blog ini ialah peranan ...