Logo

Logo
PSP

Monday, 25 September 2017

...Tinta Kata...

Assalamualaikum 😊 ..   
Blog ini merupakan salah satu tugasan kami subjek DUA2022 PENGURUSAN DALAM ISLAM. Tajuk blog ini ialah peranan majikan dan pekerja dalam sesebuah organisasi (Kumpulan 4)..
Ucapan terima kasih kepada pensyarah kami, Puan Nurul Shahida Binti Azmi kerana banyak mengajar dan memberi dorongan..

           Penulis blog ini merupakan pelajar di Politeknik Seberang Perai semester 2. Mengambil diploma dalam jurusan pengurusan logistik dan rangkaian bekalan. 


Gambar di bangunan logistik  😍😍
Semoga blog ini membawa manfaat buat kita bersama.. 
Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat,
dibaling dengan batu dibalas dengan buah.  
 Biodata Penulis

Asssalamualaikum..

10DLS16F2035

Sungguh indah bulan purnama,
Di hiasi bintang nampak berseri,
Salam sejahtera buat pembaca,
Namaku Aina Fazliana Binti Mohd Zamri.


Suasana sungguh girang di padang,
Kelihatan anak kecil bermain lumpur,
Bukan berasal dari negara asing,
Tetapi dari kota di Kuala Lumpur.

Cahaya mentari menyinari bumi,
Indah sungguh pemandangan di langit,
Setiap orang mempunyai hobi,
Di waktu lapang gemar bersukan dan menjahit.

Tetamu yang datang dilayan baik,
Makanan dihidang untuk dijamah,
Impian diri sejak dari kecil,
Ingin menjadi seorang penterjemah.







Nama diberi Azra Nabilah binti Afandi, nombor matrik 10DLS16F2025. Dilahirlan di perak dan sekarang menetap di kedah. Harapan saya agar blog ini boleh memberikan manfaat kepada pengguna yang melayari blog ini degan sebaik mungkin.

Nama diberi Nurshazatul Elisa Binti Zakaria, nombor matrik 10DLS16F2061. Saya pelajar politeknik seberang perai dan saya menetap di Sg petani Kedah. Hobi saya ialah bersukan dan cita cita ingin mnjdi Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

 

Assalam, nama diberi najihahsyahirah bt mohd nazri, nombor matrik 10DLS16F2017 dari jurusan diploma logistics dan rangkaian bekalan saya belajar di politeknik seberang perai. Berasal dari kajang selangor dan menetap sekarang di ipoh. Harapan saya agar dapat habiskan diploma ini dan sambung ke peringakat lain insyallah. Hopefully you all enjoy our blog thanks. 
Lots of love  -Shee- 






Nama : Zaibinah binti Karim 
No.Matrik : 10DLS16F2069
HOBI: SHOPPING 
CITA2: KASTAM 
Try the best, get the best, all the best, life is the best, good luck..



Akhir kalam,
kami selitkan sedikit kata mutiara.


Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
( Hamka )






Sunday, 17 September 2017

Tanggungjawab Majikan

          Setiap pihak yang berorganisasi atau mempunyai hubungan dalam sesebuah organisasi pasti mempunyai tanggungjawab masing-masing. Tanggungjawab tersebut perlu dilaksanakan sebaik mungkin untuk melancarkan lagi kerja atau apa saja yang diamanahkan kepadanya.

         Majikan dan pekerja adalah mereka yang berada di dalam satu organisasi tidak kira organisasi itu kecil atau besar. Dalam islam hubungan antara majikan dengan pekerja terikat dengan tanggungjawab masing-masing.







1. Kewajipan menyediakan kerja yang tidak menyalahi agama atau syariat.
➟ Setiap majikan hendaklah menyendari bahawa setiap kegiatan menjalankan kerja yang halal adalah wajib baginya. Nabi S.A.W ada bersabda yang bermaksud :
" barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah.. "

2. Pemilihan pekerja yang layak dengan kerja yang bakal dilakukan.
➟ Majikan mempunyai hak untuk memilih mana-mana pekerja bagi organisasinya. Namun, pekerja yang dipilih mestilah pekerja yang sesuai dan layak. Pekerja yang layak tidak semestinya mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang baik atau pengalaman yang luas. Ini bermakna pekerja yang dipilih hendaklah bersesuaian  dengan pekerjaan yang akan dilakukanya. 
 Sabda baginda SAW, yang bermaksud
" Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya"..
(Riwayat al-Bukhari)

3. Pemberian ganjaran yang berpatutan.
➟ Seorang pekerja berhak mendapat upah / ganjaran yang setimpal dengan pekerjaan yang dilakukannya.
➟ Pembayaran upah perlulah berpandukan undang-undang, keadaan organisasi, kesesuaian kerja, dan jaminan masa depan.


4. Melindungi hak dan kebajikan pekerjaan. 
➟ Islam amat mementingkan kebajikan pekerja. Seseorang majikan Islam tidak boleh meletakkan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira kepentingan terhadap masyarakat dalaman dan luaran organisasi.
➟ Tujuan islam menjaga kebajikan adalah untuk meringankan beban yang ditanggung dan mengurangkan tekanan psikologi mental pekerja selain mengeratkan lagi hubungan sesama manusia.




5. Pengawasan dan kawalan kerja
 Pengurus berhak untuk mengurus dan mengawasi kelakuan serta prestasi pekerjanya. Ini kerana pekerja yang malas jika tidak diawasi pasti akan mengambil kesempatan melakukan kerja yang tidak berfaedah seperti melakukan kerja-kerja peribadi dan melengah-lengahkan kerja.

Friday, 15 September 2017

Tanggungjawab Pekerja

         Setiap warga organisasi mesti faham makna bekerja. Secara ringkasnya definisi kerja ialah tugas dan tindakan untuk menuju matlamat dengan disokong oleh persekitaran yang menggalakkan dengan jaminan masa depan serta pelbagai peluang untuk kejayaan diri.

         Pembangunan sesebuah negara amat bergantung rapat dengan tenaga pekerjanya yang mahir dan bermutu. Tenaga pekerja yang mahir hanya akan dapat diwujudkan menerusi perancangan strategik yang jitu berasaskan kepada sistem pendidikan rapi.






1. Amanah
➟ Sifat ini merupakan keperluan asas dalam diri seseorang. Seorang pekerja perlu mempunyai sikap amanah dalam apa jua masa. Tanpa memiliki sifat ini, pelbagai penyelewengan akan mudah berlaku.
➟ Surah al-Qasas, ayat-26 ada mengenai pekerja yang baik ialah seorang yang kuat (al-qawiyy) dan beramanah (al-amin) :

قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ 


Maksudnya : Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata " Wahai ayah, ambillah Dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah "..

2. Jujur dan ikhlas
➟ Dalam agama islam, kebaikan seseorang pekerja diukur dengan sejauh mana kemampuan dan kejujuranya dalam melaksanakan kerjanya serta kesempurnaan hasil kerja yang dilakukannya. Oleh itu, pekerja mestilah jujur dan menghormati majikan sebagai tanda menghargai mereka. 

3. Tekun
➟ Ketekunan adalah satu sifat yang diperlukan oleh seseorang pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan mereka dalam menjalankan tugas sekiranya mereka tekun. 
➟ Dalam sebuah hadis, baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud " Sesungguhnya Allah SWT suka apabila seseorang itu membuat satu perkara (pekerjaan) dia melakukannya dengan tekun. Dalam riwayat lain baginda menyebut...apabila bekerja dia sentiasa memperbaiki mutu kerjanya "..
(Riwayat al-Baihaqi)
4. Cekap
➟ Pekerja yang baik mampu mempamerkan kerjanya dengan sempurna dan sentiasa membaiki mutu kerjayanya dari masa ke semasa sesuai dengan perkembangan tuntutan semasa. Itulah yang dimaksudkan baginda : dia melakukannya dengan tekun dan sentiasa memperbaiki mutu kerjanya.

5. Memiliki kekuatan (al-Quwwah)
➟ Seseorang pekerja dalam apa jua pekerjaan memerlukan kekuatan tubuh badan dan akal. Kedua-duanya adalah perlu dalam melahirkan hasil kerja yang baik. 
➟ Kekuatan yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah luas dan menyeluruh. la bergantung rapat dengan jenis tugas atau tanggungjawab yang dibebankan.


         Kesimpulannya, kemahiran kerja tidak memberi sebarang makna jika pekerja tidak memiliki sebarang akhlak yang tinggi. Ini kerana tanpanya bila-bila masa boleh menjadi pemusnah kepada pembangunan yang dibangunkan. Ini bererti kemahiran perlu digandingkan dengan ketinggian akhlak dalam diri seseorang pekerja. 

Wednesday, 13 September 2017

Bagaimana Rasulullah SAW menjaga amanah sebagai seorang pekerja yang jujur



       Nabi Muhammad tidak mewarisi sedikit pun harta daripada bapanya Abdullah. Malah, semasa hidup bersama Halimah di perkampungan Bani Saad, Nabi Muhammad sudah pun menggembala kambing bersama anak Halimah untuk mencari rezeki meringankan tanggungan keluarga Halimah yang ramai itu. Bahkan, apabila baginda kembali ke Mekah pun, baginda masih lagi menggembala ternakan penduduk Mekah untuk mendapatkan sesuap nasi. 

         Pada usia 8 tahun Abdul Muttalib meninggal dunia. Setelah kematian datuknya, Nabi Muhammad s.a.w. tinggal bersama-sama bapa saudaranya Abu Talib. Abu Talib sangat sayang kepada Nabi Muhammad s.a.w. melebihi anaknya sendiri. Abu Talib sering menitiskan air mata mengenangkan nasib Muhammad yang tidak berbapa dan tidak beribu. 


         Justeru, Abu Talib dengan penuh rasa kasihan belas dan tanggungjawab sebagai sebagai bapa saudara, membawa Muhammad tinggal bersama beliau. Abu Talib mengasuh Nabi Muhammad dengan sebaik-baik asuhan, budi pekerti dan adab yang terpuji. Abu Talib merupakan seorang ahli perniagaan. Ketika Nabi Muhammad s.a.w. berumur 12 tahun, Abu Talib dan kafilahnya berangkat ke Syam. Dia lalu menyampaikan hajatnya itu kepada Abu Talib. 


          “ Wahai pakcikku, alangkah bahagianya diriku jika pakcik dapat membawa saya bersama pakcik berniaga ke Syam. Ingin sekali saya melihat bagaimana pakcik berniaga ”. 
Ujar Muhammad dengan wajahnya penuh bercahaya kerana kegembiraan dan pengharapan. 

          Abu Talib pada mulanya keberatan kerana Muhammad baru berusia 8 tahun, sedangkan perjalanan dagang itu amat jauh. Abu Talib khuatir jika Muhammad tidak berdaya menanggung kepayahan perjalanan itu. 


          “ Anakku, pakcik amat keberatan sekali untuk membawamu bersama kerana dikau masih kecil. Kafilah dagang pakcik akan melewati perjalanan yang jauh, merentasi padang pasir yang panas dan memeritkan. Sudah pasti dikau akan keletihan dan tenagamu tidak akan mampu menanggung kepayahan itu wahai anakku. ” 
Namun, setelah beberapa kali diajukan permintaan itu, Abu Talib pun menyetujui permintaan Muhammad. 

          Lalu Abu Talib membawa Muhammad bersamanya dengan berkata: 

“ Demi Allah, aku akan membawa Muhammad bersamaku, aku takkan berjauhan daripadanya dan dia tidak akan berjauhan denganku selama-lamanya. ” 
Begitulah gambaran kasih sayang Abu Talib kepada Muhammad. 


           Abu Talib sendiri kagum dengan kesungguhan dan keberanian si anak yatim Muhammad. Abu Talib percaya, kesusahan hidup tanpa ayah dan ibu menjadikan Muhammad seorang anak yang berjiwa kental, sabar, tidak meminta-minta, tahan ujian dan suka berdikari. 



         Kafilah dagangan terlah berhenti rehat di tempat bernama Busra di negeri Syam. Di tempat itu tinggal seorang rahib bernama Buhaira di satu tempat ibadat Nasrani. Buhaira antara paderi yang dihormati dan dikenali dengan kealiman dan ketinggian ilmu agamanya. Dan adalah menjadi adat penduduk kawasan tersbeut memuliakan tetamu yang berhenti rehat, lalu Buhaira melayan kafilah Abu Talib sebagai tetamunya.

           Buhaira telah mengadakan jamuan makan untuk tetamunya itu. Buhaira mendapati ada bayang yang memayungi Muhammad. Bayang itu mengikuti kemana sahaja Muhammad berjalan. Lalu Buhaira mendapat ilham bahawa itu adalaha tanda kenabian. Lalu Buhaira menjemput kesemua ahli kafilah ke majlis jamuannya. 


           Buhaira berkata:

" Aku amat gembira jika kesemua kamu hadir ke majlisku. Pada mulanya Muhammad tidak ikut serta kerana baginda masih kanak-kanak. Menyedari ketiadaan Muhammad, Buhaira berkata: Wahai Quraisy: Datanglah kesemua kamu ke majlisku ini, janganlah ada yang tidak hadir. " 

           Lalu mereka berkata: 

" Semua kami telah datang kecuali seorang kanak-kanak. Dia terlalu muda untuk mengikut kami."

            Buhaira menyuruh mereka membawakan Muhammad ke majlisnya, setelah Muhammad dibawa kepadanya, Buhaira telah mendudukkan Muhammad di sebelahnya dan melayan Muhammad dengan baik. Buhaira telah menanyakan Muhammad tentang banyak perkara, perkara khusus dan umum. Muhammad menjawab pertanyaan Buhaira dengan tenang.

          Buhaira gembira dengan jawapan yang diberikan Rasulullah. Maka benarlah dengan apa yang diketahuinya tentang kenabian yang akan muncul dari keturunan Ismail bin Ibrahim, sebagaimana yang terdapat pada belakang baginda dan cop kenabian akhir zaman pada belikat baginda.

Buhaira bertanya:
Siapakah anak ini kepada kamu?

Abu Talib menjawab: 
Dia anakku!

Buhaira: 

Dia bukan anakmu, dan tidak mungkin dia mempunyai ayah.

Abu Talib: 

Dia ialah anak saudaraku!

Buhaira: 

Mana ayahnya?

Abu Talib: 

Ayahnya telah meninggal dunia dan ibunya juga.
Buhaira berpesan: 
” Bawalah anak saudaramu ini pulang ke negerinya, dan hendaklah engkau mengawasinya daripada golongan Yahudi. Demi Allah, jika golongan melihat Muhammad, mereka akan mengenalinya, Yahudi akn berbuat jahat terhadap anak saudaramu itu kerana anak saudaramu itu seorang utusan agung.Bersegeralah kamu membawanya pulang.”

          Lalu Abu Talib pun segera membawa Muhammad pulang ke Mekah. Berlalu nenerapa tahun sehinggalah Muhammad meningkat remaja. Sebagai anak yatim piatu, baginda melakukan semua kerja yang boleh dilakukannya sendiri tanpa terlalu mengharapkan ihsan Abu Talib.


             Pada usia Muhammad 24 tahun, Abu Talib merasakan Muhammad sudah cukup dewasa untuk berumahtangga. Namun kedudukan kewangan Abu Talib dan Muhammad tidak mencukupi untuk Muhammad berkahwin. Abu Talib berusaha mencari peluang pekerjaan untuk Muhammad.


            Suatu hari, Abu Talib berkata kepada anak saudaranya ‘Atiqah, 

“ Muhammad sudah pun berusia dua puluh empat tahun. Sewajarnya dia sudah berumahtangga, akan tetapi dia tidak mempunyai perbelanjaan untuk itu. Jadi, adalah baik jika kita mencarikan beliau suatu pekerjaan yang boleh dia pergunakan untuk menampung hidupnya. ”

           Lalu dijawab oleh ‘Atiqah: 

“ Khadijah puteri Khuwailid termasuk orang kaya di kalangan Quraish. Kegiatan perdagangannya sampai ke Mesir dan Ethiopia. Dia sedang mencari orang yang jujur untuk menguruskan perdagangannya dan membawa barang dagangannya dalam kafilah Quraish untuk dijual di Syria. Dia pula seorang yang bermurah hati dengan pekerja-pekerjanya. Alangkah bagusnya jika Muhammad memohon pekerjaan kepadanya.” 

          Cadangan Atiqah itu dipersetujui oleh Abu Talib. Keluhuran budi dan kemuliaan rohani nabi mencegahnya untuk memohon secara langsung tanpa perkenalan terlebih dahulu dan tanpa tawaran dari Khadijah sendiri. 

         Maka baginda menjawab, 

“Tidak salahnya apabila Khadijah mengirim orang menghubungi saya.” 
Nabi berkata demikian kerana tahu bahawa dirinya cukup dikenali masyarakat sebagai ‘orang jujur’ ( Al-Amin).

        Sifat amanah, sentiasa benar, sentiasa benar dan bijaksana yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w. itu menarik hati seorang ahli perniagaan bernama Khadijah Binti Khuwailid.

         Khadijah ingin benar barang dagangan miliknya diniagakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Pada masa itu, orang Arab Mekah berniaga ke Syam pada musim sejuk dan ke Yaman pada musim panas. 

“Baiklah,” 
ujar Khadijah kepada ‘Atiqah, 
“Saya terima Muhammad dan saya berterima kasih atas kesediaannya. Semoga Allah SWT melimpahkan berkatnya atas kita bersama.”.



         Kemudian ia meneruskan: 

“Wahai ‘Atiqah, saya tempatkan setiap orang dalam rombongan niaga dengan penghasilan tinggi, dan bagi Muhammad SAW akan diberikan lebih tinggi dari biasanya.”

         ‘Atiqah berterima kasih, ia pulang dengan perasaan gembira menemui saudaranya, menceritakan kepadanya hasil perundingannya dengan wanita hartawan dan budiman itu. Abu Thalib menyambutnya dengan gembira.



          Kedua bersaudara itu memanggil Muhammad SAW seraya berkata: 
“Pergilah anakanda kepada Khadijah r.a, ia menerima engkau sebagai pekerjanya. Kerjakanlah tugasmu sebaik-baiknya.” 
          Satu kafilah Quraish termasuk barang dagangan Khadijah bersedia untuk bertolak. Khadijah menyerahkan seekor unta yang cergas, sejumlah barang yang mahal dan dua orang pembantu kepada Nabi Muhammad s.a.w. sambil memerintahkan mereka mematuhi nabi dalam segala hal dan tidak boleh membantah serta benar-benar tunduk kepadanya. 

         Dalam perjalanan yang jauh itu, orang-orang suruhan Khadijah memerhatikan Nabi Muhammad s.a.w.. Mereka mendapati Nabi Muhammad s.a.w. yang muda belia itu terlalu baik perangainya, bersopan santun dan berbudi bahasa. Belum pernah mereka bertemu orang muda sebegitu baik. 


           Mereka juga menyedari sekelompok awan hitam di angkasa sentiasa bergerak ke mana sahaja Nabi Muhammad s.a.w. bergerak. Dia sentiasa dalam teduhan awan hitam itu daripada panas matahari yang terik.mereka yakin Muhammad Al-Amin itu bukan sebarangan orang. 


          Apabila sampai ke Syam, semua dagangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. habis dijual.baginda membeli pula barangan untuk didagangkan di Mekah. Orang-orang suruhan Khadijah juga menyaksikan cara Nabi Muhammad s.a.w. melayan pembeli-pembelinya. 


         Mereka dilayan dengan lemah lembut dan tutur kata yang manis. Mereka juga menyaksikan timbang dan sukat yang dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w. betul dan tepat. Orang-orang suruhan Khadijah itu amat gembira melihat semua itu.

          Kepulangan Nabi Muhammad s.a.w. yang berdagang ke Syam itu membawa keuntungan besar. Belum pernah perniagaan Khadijah memperolehi keuntungan seperti itu. rombongan Nabi Muhammad s.a.w. amat gembira dengan kejayaan kali ini.
Kafilah kembali ke Mekah.

          Ketika kafilah Quraish hampir tiba di Mekah, seorang hamba iaitu Maisarah berkata kepada nabi,
“Alangkah baiknya jika tuan memasuki Mekah mendahului kami dan melaporkan kepada Khadijah tentang perdagangan dan keuntungan besar yang kita perolehi tahun ini.”

           Nabi Muhammad s.a.w.  pergi ke rumah Khadijah. Dari luar kawasan rumah, Khadijah nampak Nabi Muhammad s.a.w. menunggang unta dan barang dagangannya yang dibawa oleh unta. Apabila sampai ke rumah, Khadijah menyambut nabi dengan penuh hormat dan kemuliaan. 

           Nabi Muhammad s.a.w. menceritakan dari awal hingga akhir tentang perjalanan dan perniagaannya di Syam itu kepada Khadijah. Wanita itu amat tertarik hati mendengar cerita yang disampaikan dengan tutur kata yang lemah lembut, petah dan bersemangat itu. 


          Ketika Nabi Muhammad s.a.w. hendak balik kerumahnya, Khadijah telah membahagikan keuntungan perniagaan yang diusahakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.


         Sejak kecil lagi baginda sudah hidup dalam kesederhanaan. Jadi, pemberian keuntungan yang diberi oleh Khadijah itu diterimanya sekadar cukup belanja dan usahanya menjalankan perniagaan itu. sebahagiannya dipulangkan kepada Khadijah. 


         Khadijah bertambah tertarik hati dengan kemuliaan budi dan kejujuran Nabi Muhammad s.a.w.. Selama ini dia hanya mendengar dari jauh segala kebaikan, kejujuran dan kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. 





         Sekarang jelaslah di hadapan matanya sendiri, bahawa Muhammad Al-Amin itu memang mempunyai sifat-sifat yang mulia dan tinggi. 


Sunday, 10 September 2017

Ganjaran ekstrinsik

          Ganjaran ekstrinsik lazimnya diberikan oleh seorang pengurus seperti kenaikan pangkat dan gaji. Gajaran kategori ini bertujuan mengembirakan orang lain. Contohnya, Dollah membenci pekerjaannya sebagai seorang jurujual. Dollah masih dapat dimotivasikan oleh ganjaran gajinya yang tinggi. 

         Pengurus boleh menggunakan teori motivasi untuk membantu memenuhi keperluan pekerja dan pada masa yang sama menggalakkan tahap prestasi kerja yang lebih tinggi. Motivasi ekstrinsik juga merujuk kepada prestasi aktiviti dalam usaha untuk mencapai hasil, ditentukan oleh kuasa luar.

          Motivasi ini biasanya datang kerana ganjaran seperti wang dan gred atau ancaman hukuman. Pertandingan juhga menggalakkan motivasi ekstrinsik kerana ia memberi pelaku keinginan yang kuat untuk menang dan mengalahkan pihak lawan. 

          Sorakan, pujian dan kata-kata semangat orang lain merupakan faktor pendorong yang kuat untuk meningkatkan motivasi diri. Contoh lain pula, Ahmad kalah dalam pusingan pertama perlawanan catur. Sarah memberikan kata-kata semangat seperti ahmad merupakan antara pelajar cemerlang di sekolah mereka. Kata-kata Sarah membuatkan Ahmad lebih bersemangat untuk menang perlawanan seterusnya. 





Kesimpulan...

          Deduksi yang kami dapat, semua pihak mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain. Majikan tidak akan berjaya tanpa sokongan orang bawahan dan sebaliknya. Oleh itu, demi mengharmonikan keperluan Islam, menggariskan elemen-elemen asas yang perlu dilaksanakan dalam sistem pengurusan untuk mencapai segala sasaran dan objektif yang hendak dicapai oleh sesebuah organisasi. Tanpa kerjasama yang erat sudah tentu segala perancangan yang dirancang tidak akan tercapai.

Dalam arus globalisasi, Islam mempamerkna sifat-sifat istimewa yang ada dalam pentadbiran dan pengurusan Islam antaranya ialah :

     Kepimpinan Islam mengambil kira kedua-dua belah pihak secara adil iaitu antara pemimpin dan yang dipimpin.

     Islam menonjolkan sikap sederhana dalam setiap perkara. Tindakan perundangan merupakan langkah terakhir yang perlu diambil untuk mengatasi sebarang salah laku yang wujud dalam organisasi. Langkah diplomasi iaitu melalui konsep menasihati dan tegur menegur merupakan langkah awal yang boleh dilakukan untuk mengatasi setiap permasalahan.


     Islam banyak menonjolkan ciri-ciri pemimpin dan kepimpinan yang terbaik atas usaha untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan.





...Tinta Kata...

Assalamualaikum 😊 ..     Blog ini merupakan salah satu tugasan kami subjek DUA2022 PENGURUSAN DALAM ISLAM. Tajuk blog ini ialah peranan ...